Latihan Menaip Microsoft Word

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019 yang lalu, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Latihan Menaip menggunakan Microsoft Word. Para peserta yang menghadiri kelas ini merupakan ahli baru yang baru berdaftar di Pusat Internet pada bulan Julai 2019. Para peserta ini merupakan golongan peserta kanak-kanak sekolah rendah yang berminat untuk belajar komputer.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan dan melatih para peserta menggunakan papan kekunci dan menaip dengan menggunakan Microsoft Word. Seperti umum ketahui, Microsoft Office sangat diperlukan dan ianya merupakan kemahiran yang sangat berguna untuk kegunaan pekerja di pejabat dan juga pelajar yang melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali